February 18, 2014

With all my heart

Sangat susah untuk saya menyimpan perasaan. Sama ada kasih, sayang, benci, atau hasad dengki. Sesungguhnya, depan-depan saya akan tunjuk. Maka itu, kalau anda kenal saya, memang kadang-kadang memang akan terasa dengan sikap saya.

Saya juga manusia biasa, manusia yang biasa (selalu) membuat salah. Sama ada ia dalam kesedaran waras saya, atau dalam kesedaran tidak dikesyaki oleh saya. Saya memohon ampun dan maaf, kerana aku berasa begitu bersalah. Tidak terdetik pun walau seinci, atau lebih segunung gunung kinabalu pun untuk aku menyakiti. Aku memang menyedari, aku ada membuat satu kesilapan, dan kesalahan. Kemudian ia memudaratkan satu keinsafan dan memohon keampuan dari saya.

Saya sedar, saya tidak punyai ramai kawan. Boleh di bilang, kadang-kadang, kalau di campur dengan tunjuk kaki. Mungkin tidak lebih. Aku amat terasa akan kekosongan. Kekosongan secara tiba-tiba. Ataupun itu hanya mungkin firasat aku. Ya Tuhan, kalau itu firasat aku, hindarkanlah aku dari jauh-jauh firasat itu. Kembalikanlah aku kepada keadaan sediakala. Keadaan yang mampu aku tersenyum riang bersama, Ketawa, menikmati keindahanmu yang indah dengan ketenangan.

Aku menyedari itulah kesilapan aku. Aku sedar dan mengiakan. Dan aku tidak menidakkan sesungguhnya. Aku sedar itu kesilapan aku, dan sekiranya ia telah menyebabkan perubahan, Tolongku Tuhan, Kembalikan segala hati, kembalikan segala rasa seperti sediakala. Aku masih memerlukannya lagi, kerana hati dan rasa aku masih bersatu. Bersatu untuk bertemu. Bersatu untuk bersama.

Aku tidak menidakkan dengan segala perbuatan aku :(

Yang pertama dan yang terakhir.


No comments: