February 9, 2014

Saya jenis yang mudah

Kawan boleh datang dan pergi. Bila-bila saja. Tetapi saya, saya tetap saya, tetap dengan andaian, berkawan biar seribu, berkasih biar satu. Satu saja kan?

Saya jenis yang mudah, ya saya mudah sangat untuk sentap? Dan kekadang cepat sungguh emo. Tapi saya bukan seorang perempuan. Saya pun pelik kenapa, tetapi apa yang saya tau, saya memang mudah untuk sentap. Walaupun dengan ayat lima baris, saya boleh sentap lima jam, atau 5 hari.

Tapi jangan bimbang, saya baik hati. Saya tidak simpan hati. Saya tidak dengki dan berdendam. Saya sedar, saya kurang kawan. Saya banyak habiskan masa depan TV. Melayan cerita P.ramle dengan karton-karton seangkatan saya, zaman 80-an. Tiada yang 3D, 4D dan 5D bagai. Mudahkan hidup?

Jangan menguji kesabaran saya, kerana saya begitu mudah terjejas. Sekali saya curang, bertahun saya beralih. Sebagai contoh, dari Milo peng ke minuman Cola. Sekarang saya begitu mudah gersang dan ghairah dengan hazelnut. Kalau tambah-tambah kacang lagi, lagi membangkit berahi saya. Amaaaaa ....

Mulakan setiap hari dengan sebuah senyuman, penuh dengan keikhlasan dan mudahan seterusnya akan menjadi baik.

Happy Sunday People.



No comments: