June 9, 2014

The True Meaning

Kadang-kadang sangat susah untuk kita memahami, apabila telah membuat yang terbaik, tetapi tiada apa pun yang dihargai. Pengharapan yang tiada penghujung adalah satu penyeksaan. Kerana itu sangat perit, dan sangat sukar untuk terus di menanti.

Dan seringkali, apa yang kita tunggu adalah bukan milik kita. Dan apa yang kita inginkan, kadang-kadang, bukan untuk kita. Hanya perlu redha, dengan segala ketentuan, kerana setiap yang berlaku ada hikmah, dan segala yang terjadi adalah bersebab.

Saya pernah meninggalkan sesuatu yang cukup indah hanya kerana satu sebab. Sebab yang telah membuat aku terbuai dan terlena dengan pemainan dunia. Dimana percatuan suruh dipilih. Dan aku tidak boleh untuk memilih kedua-duanya, hanya satu. Aku hanya memilih satu, dan kini aku mulai sedar, ianya berubah.

Aku sedar, sampai bila aku harus sebegini? Kenapa aku harus sebegini. Bukankah kebahagiaan adalah hak milik setiap insan. Kenapa aku perlu untuk menghancurkan setiap kebahagian yang ada untuk aku, dan bersusah payah untuk mengejar, sekiranya tiadanya kebahagiaan di hujung.