February 8, 2014

Life Must Go On

Kadang-kadang kita perlukan masa bersendirian. Bersendirian untuk memikirkan apa yang telah kita buat. Memikirkan betul atau tidak segala keputusan yang telah kita buat. Kadang-kadang betul, kadang-kadang tidak. Keadaan seperti ini membuat sejuta kekeliruan dalam hidup. Yang membuatkan segala hala tuju tiada penghujungnya.

Termenung kadang-kadang adalah penyelesaiaanya. Bagi untuk menyendiri adalah ketepatan yang sepatutnya. Kerana menyendiri akan memberi kita ketenangan. Tanpa kekacauan, dan tanpa gangguan yang boleh mengelirukan dan kekacauaan.

Bagi aku, begini adalah keputusan aku. Aku mempunyai semangat dan azam. Aku ingin menjadi seorang yang kuat dan tabah tahun ini. Aku rasa sudah cukup untuk aku berkorban. Berkorban demi senyuman orang, tapi menderita bagi diriku. Kenapa perlu bergembira dalam kepuraan? Kenapa perlu bersedih, dalam kepuraan kegembiraan? Kenapa tidak boleh menjadi diri sendiri? Seseorang yang betul betul tabah dan kuat menempuh sengala hidup.

Dan itu adalah matlamat aku. Aku ingin menjadi seorang yang itu, seorang yang kuat dan tabah dengan segala apa yang akan berlaku. Yang telah berlaku, kita jadikan satu pengajaran. Pengajaran untuk mematangkan kita. Menjadi lebih matang bukan sesuatu yang mudah. Ia sesuatu yang sangat sukar, kerana apabila kita menjadi matang, kita buat yang terbaik. Terbaik untuk diri sendiri, dan terbaik untuk orang sekeliling kita. 

Setiap hari kita bersusah untuk menjadi yang terbaik, tetapi kita selalu terlupa untuk merendah diri.


No comments: