November 20, 2014

The Facts


Last few days, ada kawan post facts ini dalam group whatsapp. Dah majoriti anak bongsu dalam group, mati lah kena carut yang tukang post, ko dah kenapa sentap?

Dan maka saya adalah anak bongsu, Im the only son, and im still single and available, #promote

9 fakta, dan ada betul dan ada tidak, mari kita view point by point #nampaksangatfree

1. Saya rasa, saya tidak manja (walaupun saya belum pernah makan lagi tu manja). Seriously, saya masih lagi macam adik beradik yang lain. Ada masa kena marah, ada masa kena lenting. Itu lumrah, selagi tidak disuruh makan rumput. Kami semua adalah sama. Mungkin manja itu dari segi berdikari mungkin. astaga drama akasia lagi. Tapi tidak lah manja, sampai terlentik lentuk.

2. Degil mungkin ya. Sebab kalau saya kata itu Yes, it should be YES. Tetapi degil dalam pertimbangan waras. Antap juga kalau, say yes tidak mau berak, terpaksa juga berak. Itu is No. Degil dia ada perpada-pada. Sebab itu, jangan paksa saya kalau saya sudah kata tidak mau. Mungkin itu kelemahan saya. Tetapi kalau saya terpaksa buat, itu memang dibuang tanpa keikhlasan, seriously pig!

3. Tidak pandai puju saya memang raja. Kamu nak minta pujuk sampai tertongeng tertangkang, harom. Minta maaf kalau nak lentuk di bahu. Kerja itu saya memang fail. Sebab saya berhati bunga juga. #gituuu

4. Setia? Yes ;)

5. Dalam hati saya ada sehektar taman orkid #komampo?. Saya begitu mudah untuk maafkan orang yang buat saya. Saya begitu cepat untuk redha walaupun ada degil. Saya pun pelik, tapi itu lah saya maksudkan, degil bertempat #dabikdada #sedutkopiko

6. Kerja, saya memang suka buat hal sendiri. kalau jalan-jalan beli barang, mostly saya prefer jalan sendiri. Kalau jalan berkawan, saya lebih kepada window shoping sambil cuci mata #titisclorox.
Begitu juga hal kerja, kadang-kadang saya lebih suka buat sendiri, tapi bukan bermaksud saya tidak suka in group, sometimes. Tau tak itu maksud?

7. Ya saya seorang pemaaf, mingkin sebab itu saya seorang yang mudah perasan dan jatuh cinta. #orkidjadilayu

8. Persahabatan, kalau dah kenal rapat saya, baru tau betapa gilos tahap USS nya saya. kalau baru kenal, saya memang seorang yang pendiam. Boleh try kalau mau, anda akan merasai satu pengalaman yang tidak akan dilupaikan seumur hidup. hahaha

9. Yang ini sangat ya, saya boleh buat agar-agar. Dan keistimewaan lain, saya mampu makan kek seharian.

Fakta ini, ada betul ada tidak. Boleh percaya boleh jua sik. Sebenarnya fakta seperti ini, kalau diri saya, untuk melihat sikap diri sendiri. Saya melihat kebenarannya, kalau benar, berusaha untuk mengubah di bahagian kelemahan tersebut. Dan sekiranya tidak, berusaha utnuk tidak bersikap seperti itu. Tetapi jangan pula berasa bangga dan riak dan fakta-fakta seperti ini, kerana itu boleh menunjukkan kelemahan kita.

dah mula merapu dah ... mo tengok princess sik? My anak buah lukis,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

omgieee tidak sabar mo jumpa, i'm coming home for christmas ...

#eh

No comments: