November 21, 2014

The Best Will Win!

Asmaradana ...

Punya tidak sedar, dah nak hujung bulan sebelas hari ini. Nextweek the last week of November, and the last months for this year will come.. Tiada benda lain saya tunggu, saya hanya tunggu untuk cuti panjang. Cuti cuti cuti, dan balik kampung. Food is everywhere... bangun makan tidur (ulang sampai berjuta kali)

Apa yang saya telah capai untuk 2014? Nanti saya akan share dalam entry yang akan datang. Dan untuk sementara ini, saya baru tersedar, sekarang adalah November, 4 tahun sudah saya dalam bidang kerja ini. Yes, i'm an educator.

Selepas saya quit 4 tahun lepas dari kerja pertama, dan ini bertahan. Mungkin ini saya punya passion, walaupun gaji dia tidak. Mungkin saya perlukan gaji yang lebih besar untuk menampung hawa nafsu yang tinggi untuk berbelanja.

As an educator, bukan kerja yang senang. Nampak macam senang dulu, lecturer kita mengajar. Tetapi in reality, hanya perut aku saja yang faham betapa sengsara juga ini kerja. Tapi kita kerja jangan merungut. Kita kerja perlu buat dengan ikhlas. Itu yang penting. Apabila kita iklas rezeki kita akan masuk, walaupun nampak tidak banyak, sekurang-kurangnya akan kekal. kekal sepanjang hayat, kerana rezeki yang iklas itu dari Tuhan. Kalau nak buat, buat, kalau tidak nak, tarik nafas, hembus fikir.. selepas tenang cuba buat lagi (sekirany itu scope of work anda). Masih tidak dapat juga, ulang lagi sekali, masih juga tidak, cari makanan, makan. Lepas makan cuba buat.

" It doesn't matter that your dream came true if you spent your whole life sleeping. So get out there and go for it, but don't be caught waiting. It's great to plan for your future. Just don't live there, because really nothing ever happens in the future. Whatever happens happens now, so live your life where the action is — now. " - Jerry Zucker

Lagi satu apabila kita kerja, kita tidak boleh merungut. Itu rules no dua dia. Sebab apabila kita merungut, kita akan balik kepada masalah no satu tadi, tidak iklas. Buat selagi kita mampu, dan buat dengan yang terbaik kita termampu. Yang penting jangan merungut. Kalau merungut, banyak kerja tidak siap dan menjadi. Bila ini terjadi, longgokan kerja akan berlaku, sebab kita merungut buat kerja satu-satu dengan tidak siap. Jadi syarat dia, kalau kerja jangan merugut. kalau tidak disuruh makan, baru boleh merungut. Makan itu penting.

" Do one thing at a time. Give each experience all your attention. Try to resist being distracted by other sights and sounds, other thoughts and tasks, and when it is, guide your mind back to what you're doing."- John Walsh

Think positively. Saya pernah baca satu buku berkaitan think positive ni tapi saya lupa siapa author dia. Seriously buku itu sangat bagus. Kalau rasa marah-marah, merah-merah telinga, think positive. Satu saja perlu kita ingat, "semua benda terjadi adalah bersebab". Jadi think postive. Jangan cepat gelabah, mudah pandang serong, dan dengki dengan orang. Think positive ini bukan saja hanya untuk kita, tetapi pandangan kita untuk orang lain juga. Jangan pandang serong orang lain, kita melihat ke arah yang positive. Sebab kalau kita pandang serong, kita tidak tau siapa yang bermasalah sebenarnya.

" Follow your passion, stay true to yourself, never follow someone else's path unless you're in the woods and you're lost and you see a path then by all means you should follow that." - Ellen Degeneres

Saya pakai tiga prinsip ini dengan mudah, bukan saya cakap saya yang terbaik, tidak, dan jauh sekali, saya masih belajar, kita belajar dari setiap hari yang kita lalui. Kerana setiap jam itu pengajaran, sekali kita tidak hargai, seumur hidup kita terlepas. 

Saya pun tidak pasti berapa lama lagi saya akan bertahan di sini mencurahkan bakti dan keringat dengan penuh keihlasan. Saya tidak mengharapkan apa-apa balasan, yang penting adalah hanya sebuah kejayaan dari pelajar yang saya ajar. Saya berusaha untuk mengabaikan segala persekitaran, because the best will win!

Tidak sedar, 4 tahun sudah, dan setiap tahun itu adalah pengalaman dan mematangkan. kepada team kerja, you are so brilliant peoples that I know in this entire universe!


Tetiba terasa emo, hari ini last sekolah untuk 2014, bermakna, 2014 sudah di penghujung. Selamat bercuti semua, saya cuti panjang bermula hujung bulan depan, weekend ini cuti pendek.

 

 "Your time is limited, so don't waste it living someone else's life. Don't let the noise of others' opinions drown out your own inner voice. And most important, have the courage to follow your heart and intuition." - Steve Jobs

Selamat Bercuti & Happy Weekend Everyone!
Jesus Love You!





No comments: