January 8, 2015

Tuan Manager


Ini adalah saya, seorang yang ensem, kurus, ada isi ada lemak, mata sepet, dan sangtlah loving #silamuntah
Mari saya share sesuatu dengan korang, sebelum kita makin jauh ke tahun 2015. Biar korang tau, bagaimanakah saya, sebegitu sebenarnya saya. Saya pun tidak faham, ini pendahuluan dua ayat atau apa.

Saya adalah seorang yang yang terlampau sangat gila babi kuat berangan-angan. Seriously tahap angan-angan saya boleh melampau batas, in other words, membuat saya malas. Angan-angan ini membuat saya mengelamun, tergoleng-goleng, sampaikan saya tertidur lebih dari 12 jam. Sesiapa yang rapat dengan saya, memang faham imaginasi saya seumpama mana. angan-angan saya tahun 2015, I mo checkin kat resort yang ada private pool gitueeee, nanti boleh lah I mandi pool bogel bogel, selama 12 jam #pengsan #fantasineng

Saya tidak pandai berenang, sebab saya memang sah akan tenggelam dengan keupayaan berat sebegini. Saya memang sangat boleh diguna pakai untuk ujian Archimedes. Tetapi saya suka island hoping. Auuum, saya mo buat lagi. Tapi saya tidak mau pergi jauh-jauh. Pergi yang dekat-dekat saja pun sudah cukup. Tetapi saya teringin sangat mo pergi Boracay. Ini adalah pengaruh video kahwin dari Jason. Boracay sangat-sangat cantik, alangkah indahnya kalau dapat bercanda-manda. Macam pelik kan, tidak pandai berenang tapi suka island. ada ku kesah rambut basah??? #hahahah


Saya sangat kuat makan. Kalau makan oing-oing lagi lah, bertambah-tambah. Itulah petua ke sliman saya, setiap kali makan, nasi mesti tambah. Dan yang paling utama, saya paling suka cake. Saya sangat tidak tau, kenapa?? ohh whyy? Saya sangat obses dengan cake. Ketika saya tidak mampu kawal diri, peti sejuk boleh poneh hanya dengan dengan cakes yang pelbagai. #amaaa

Mee goreng basah, slurrp #sekadargambarhiasan
Saya suka siang, dan sangat tidak suka malam. Ini umpama, semua orang yang suka cuti, tapi tidak suka kerja. Kalau siang, saya boleh bekerja. Kalau nak buat, saya boleh terus buat. Sebaliknya kalau malam, memang tertunggu-tunggu untuk siang membuat kerja. Saya kan, suka berangan-angan, jadi angan-angan itu selalunya menjelma waktu malam, waktu baring di tilam. Bila mo buat, "malam, siapa mo kerja?".

Lastly, saya suka driving. Saya sangat suka driving sorang-sorang.Sebab itu, bila weekend, keboringan melanda, saya boleh driving merayau-rayau, tanpa perlu singah-di-mana-mana. Buka lagu dengan nyaring, dan menanyi, layan kesyokan dan kejegitan, kesondalan sendirian.Sebab itu saya bagitau, saya suka siang. Kalau malam, saya sangat malas.#mataharimuncullah!!

Mari layan lagu dibawah, biar kita sama-sama jatuh cinta, #eh






No comments: