June 19, 2015

I dreamed a dream

Semua kita bercita-cita bukan. Ada impian. Saya sebut tu angan-angan. Angan anganan Mat Jenin. Antara mampu dengan tidak, saya pun tidak pasti, berjaya atau tidak di capai. Itu lah orang bilang, orang kita senang saja untuk selesa.

Tetapi saya berusaha untuk menjawab tidak. nehi-zendegie-hey. 

Jangan hidup bermalasan, sekiranya dalam fikiran sudah ingin untuk buat, ayuh bangun. Terus bergerak dan buat. Jangan di tangguh. Selagi di tangguh, selagi tu, tiada bayangan kejayaan dan impian yang akan di capai. Apa yang ditunggu lagi. Jika itu yang ingin dicapai?? bergeraklah kita..

ayuh ....

Dalam usaha itu, banyak yang mungkin akan kita lupa. Kita tinggalkan dalam mencapai usaha, dan kita terlepas. Berusaha untuk puaskan semua orang. Dengan itu, jangan lupa, berusaha untuk menjadi yang terbaik. Berjalan di jalan yang terbaik. Itu adalah sangat penting. Jangan lalai, jangan leka. Jangan sesekali kita lupakan orang.

kau bantu aku, aku berusaha bantu kau sedaya upaya..

Apa yang pasti, kita perlu bertindak sekarang!

NOW!


No comments: